Kereta baharu akan mengalami susut nilai sebaik saja keluar daripada kedai. Kadang-kadang susut nilai tu sehingga 20% pada tahun pertama sahaja. Disebabkan itulah membeli kereta terpakai boleh menjimatkan anda. Tetapi ramai juga pembeli kereta terpakai akhirnya terpaksa membayar lebih daripada harga yang dipamerkan untuk kereta terpakai disebabkan oleh kos-kos tersembunyi yang dikenakan oleh penjual.

Antaranya seperti bayaran Puspakom, kos servis kereta, dan bayaran pemprosesan untuk kereta terpakai. Dan yang paling tak masuk akal, harga bayaran-bayaran ini dinaikkan dengan sengaja untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda

Artikel berkaitan: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik

Berikut merupakan bayaran tersembunyi yang biasa anda akan jumpa apabila membeli kereta daripada penjual kereta terpakai.

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

1. Bayaran Pemeriksaan Puspakom

Sebelum kenderaan ditukar milik daripada penjual kepada pembeli, ia perlu menjalani dan melepasi pemeriksaan di Puspakom untuk mengesahkan bahawa ia berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu di atas jalan. Terdapat 2 jenis pemeriksaan:

  • Pemeriksaan B5: Ini merupakan pemeriksaan standard untuk tukar milik yang bertujuan untuk menentukan sama ada kenderaan tersebut selamat, sah, dan bukannya kereta potong. Pemeriksaan B5 ini berharga RM30. 
  • Pemeriksaan B7: Pemeriksaan ini lebih menyeluruh untuk kenderaan sewa beli, dan ia perlu dibuat selain daripada pemeriksaan B5 apabila anda ingin memohon pinjaman untuk membeli kereta tersebut. Ia termasuklah pemeriksaan tambahan merangkumi pengeluaran, penjajaran tayar, brek, dan pemeriksaan meter laju. Pemeriksaan B7 ini berharga RM60. 

Artikel berkaitan: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

Bagi kebanyakan pembeli kereta terpakai, bayaran pemeriksaan Puspakom sepatutnya cuma berharga RM90 untuk pemeriksaan B5 dan B7. Tetapi ada pembeli yang terpaksa membayar sehingga RM500 semasa membeli kereta terpakai.

2. Bayaran Pemprosesan Pinjaman

Bayaran pemprosesan pinjaman ini biasanya merangkumi bayaran pengendalian dokumen, duti setem pinjaman kereta, dan kos berurusan dengan bank. Kebiasaannya bayaran duti setem untuk pinjaman hanyalah RM20 oleh kebanyakan bank tetapi ada  ada pembeli yang dikenakan bayaran sehingga RM600 dalam urusan pembelian kereta terpakai. Jadi, ada pembeli yang terpaksa membayar bayaran pemprosesan pinjaman dan bayaran perjanjian.

Artikel berkaitan: Cara Mengelakkan Ditipu Semasa Membeli atau Menjual Kereta

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

Untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran pemprosesan pinjaman atau perjanjian yang mahal, minta penjual untuk senaraikan apa yang ada dalam bayaran yang dikenakan. Kalau terlalu mahal, anda boleh berunding untuk mengurangkan bayaran atau beli saja daripada penjual dengan reputasi yang lebih baik seperti CARSOME. CARSOME mengenakan bayaran pemprosesan pinjaman yang rendah dan ia sudah termasuk sekali dalam harga kereta menjadikan harga yang dipamerkan di laman web CARSOME adalah harga tetap.

3. Bayaran Tukar Milik

Bayaran tukar milik kenderaan ialah yuran yang perlu dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila ingin menukar pemilikan apa-apa kenderaan di Malaysia. Bagi kereta persendirian, kosnya RM100 dan ia wajib bagi mereka yang ingin membeli kereta terpakai. Perlu diketahui juga bahawa bayaran ini juga dikenakan kepada pertukaran milik kenderaan yang tidak melibatkan transaksi jual beli seperti tukar milik antara ahli keluarga.

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

Ada sebahagian penjual kereta terpakai yang mengenakan bayaran sehingga RM500 untuk pertukaran milik kenderaan, lima kali ganda daripada bayaran yang dikenakan oleh JPJ. Memang kos lain perlu diambil kira seperti wakil untuk menguruskan proses pertukaran di JPJ, tetapi anda tak sepatutnya perlu membayar sehingga RM500 untuk urusan ini.

Artikel berkaitan: Kereta Dah Habis Bayar? Prosedur e-Batal JPJ untuk Keluarkan Nama Bank pada Geran Kereta

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

4. Bayaran Servis Kereta 

Apabila membeli kereta terpakai, anda mungkin perlu membayar bayaran servis untuk kos-kos menyelenggara yang ditanggung oleh penjual. Ini termasuklah penukaran minyak enjin, penukaran pad brek, bateri baharu, dan lain-lain kos servis kereta. Meskipun semua servis kereta ini merupakan tanggungjawab penjual kereta untuk menukar bendalir dan barang guna-habis dalam kereta sebelum diserahkan kepada pelanggan, banyak penjual kereta terpakai yang mengenakan bayaran tersembunyi sehingga RM1,000 untuk bayaran servis sahaja.

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

Di CARSOME, kesemua kereta kami telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. Sekalipun dikira sekali kos baik pulih, harga kereta CARSOME Certified masih lagi berpatutan dan tidak ada kos tersembunyi untuk pembaikan – ia adalah sesuatu yang kami pastikan supaya kami boleh menyediakan kereta pramilik yang melebihi taraf.

5. Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) 

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ialah cukai yang hanya terpakai untuk kereta baharu sahaja. Walau bagaimanapun, ada penjual kereta terpakai yang turut mengenakan SST dalam harga kereta yang mereka jual. Kalau anda diminta untuk membayar SST semasa membeli kereta terpakai, jangan bayar!

Dengan pelbagai bayaran tambahan seperti cukai dan bayaran pemprosesan, anda mungkin terpaksa membayar sehingga sebanyak RM4,000 hingga RM5,000 bersama dengan harga kereta.

Kerana itulah kami mengharapkan panduan ini boleh membantu anda daripada dikenakan bayaran tersembunyi dan membantu anda membuat keputusan pembelian kereta lebih baik.

Bayar Dengan Harga Tetap Apabila Anda Membeli Kereta CARSOME Certified 

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

Sebuah Toyota Yaris G 1.5 2021 yang disenaraikan di CARSOME Certified

Tidak seperti kebanyakan penjual kereta terpakai, CARSOME tidak mengenakan sebarang bayaran tersembunyi pada semua kereta kami. Harga di laman web kami sudah termasuk cukai jalan, bayaran Puspakom, bayaran pemprosesan pinjaman, dan juga bayaran tukar milik. Jadi, anda boleh yakin yang harga yang dipaparkan adalah apa yang anda akan bayar. Anda juga boleh periksa sendiri laporan pemeriksaan 175-titik untuk setiap kereta supaya anda tahu keadaan kereta dan nilaikan sendiri harganya.

Sebagai tambahan, setiap kereta CARSOME Certified disertakan dengan jaminan kualiti memandangkan kami menjalankan pemeriksaan 175-titik dan proses pembaikpulihan secara profesional. Dengan CARSOME Certified, anda akan tahu bahawa setiap kereta kami adalah bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir di samping mempunyai keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik seperti baharu.

Untuk ketenangan minda, anda juga boleh menikmati jaminan pulangan wang dalam 5 hari dan waranti satu tahun untuk setiap setiap kereta CARSOME Certified.

Kunjungi CARSOME hari ini untuk kereta pramilik yang berkualiti tanpa sebarang caj tersembunyi.

awas! hati-hati dengan kos tersembunyi ini kalau anda nak beli kereta terpakai!

azwadie.azman@carsome.com

Seseorang yang bersahabat baik dengan papan kekunci, kamus, dan buku yang bagus. Zon penulisannya adalah ruang sakral yang melahirkan pemikiran yang boleh memikat mereka yang membacanya.

MOTOR'S NEWS RELATED

Join Road & Track and Car and Driver on Our Annual Car of the Year Tests

Check out today's coolest new cars alongside editors at Performance Car of the Year, Lightning Lap, and 10Best Awards.

View more: Join Road & Track and Car and Driver on Our Annual Car of the Year Tests

Satisfying Subaru SUVs That People Love Driving and Owning

Satisfying Subaru SUVs that people love driving include the 2022 Crosstrek The 2022 Forester is another Satisfying Subaru SUV that people love Don’t overlook the 2022 Outback for a stress-free driving experience Subaru makes a reliable and safe sport utility vehicle, but that’s not all. These Satisfying Subaru SUVs ...

View more: Satisfying Subaru SUVs That People Love Driving and Owning

Holiday Rambler Eclipse RV Debuts With Theater Seats, Drop-Down Loft

It’s available with three different floor plans.

View more: Holiday Rambler Eclipse RV Debuts With Theater Seats, Drop-Down Loft

Genesis prices 2023 G80 electric car at $81,000, expands EVs to more states

Genesis on Thursday expanded the breadth and availability of its electric car lineup on its path to becoming a fully electric automaker by 2030. The luxury brand’s newest car, the 2023 Electrified Genesis G80, will cost $80,920 (including a $1,095 destination fee) when it goes on sale in September. The ...

View more: Genesis prices 2023 G80 electric car at $81,000, expands EVs to more states

This C5 Corvette Turned Off-Roader Could be Yours For Small Bucks

Photo: Caleb Hodshire/Facebook Fans of the Chevrolet Corvette and off-road vehicles now have a golden opportunity to combine their two passions for a small amount of money. A tuning enthusiast in Illinois, who specializes in Corvette conversions, is selling on Marketplace a fifth-generation (C5) 1999 Corvette built to venture ...

View more: This C5 Corvette Turned Off-Roader Could be Yours For Small Bucks

Audi heads to F1, 2025 Cadillac Celestiq, 2023 Electrified Genesis G80: Today's Car News

Audi confirmed it will enter F1 for the 2026 season. The automaker will team with a thus far unknown chassis partner to provide power units that will be built in Germany and run on synthetic fuel. Alfa Rome announced it will split with Sauber, and all points sign to Audi ...

View more: Audi heads to F1, 2025 Cadillac Celestiq, 2023 Electrified Genesis G80: Today's Car News

Genesis expands GV60, an electric SUV, availability to four more US states

Where is the Genesis GV60 available to buy Electrek’s Take Now might be your chance if you’ve been waiting to buy the Genesis GV60 EV SUV. The Korean luxury automaker announced Tuesday that its flagship electric SUV, the GV60, will be available in four more US states starting in ...

View more: Genesis expands GV60, an electric SUV, availability to four more US states

Our Long-Term 2022 Cadillac CT5-V Blackwing Is off to an Unforgettable Start

With our 668-hp, six-speed-manual sports sedan, the highs are high, and the lows are low.

View more: Our Long-Term 2022 Cadillac CT5-V Blackwing Is off to an Unforgettable Start

Dodge goes electric in style | Autoblog Podcast #744

Tested: Best Car Vacuums for 2022

China: Power to the people or to the carmakers?

Tesla premium connectivity through Starlink V2 confirmed

2022 Ford F-150 Lightning strapped to dyno despite challenges

1983 DeLorean DMC-12 with 5,397 miles for sale

Numbers of Koenigsegg CC850s increase to 70 due to high demand

Tech Deep Dive: What Makes the New Porsche GT3 RS the Most Extreme 911 Ever

4 Terrible 2022 Subcompact SUVs That Consumer Reports Predicts Owners Will Hate

Xiaomi in talks with BAIC to produce electric cars, says Bloomberg

Audi Has Decided to Enter Formula 1 in 2026 After Much Speculation

North Dakota Swing Ahead For WoO: What To Watch For

OTHER MOTO NEWS